mw_ja_mageia

My Cell Nutrients

Enhance detoxification, improve nutrition digestion and absorption, lower the cholesterol level, lower the risk of certain cancer, enhance the immune system, slow down the aging process...

  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
Home
Korporat PDF 打印 E-mail

Ibu pejabat MyWay International Berhad terletak di SS 21/11, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Dibina pada keluasan 20,000 kaki persegi di bangunan tiga tingkat dan mempunyai tiga blok bagi setiap tingkat.

Premis ini lengkap dengan kemudahan yang dikongsi bersama seperti Ruang Seminar, Bilik Persidangan, Pusat Latihan, Pusat Khidmat Pelanggan, Pusat Perniagaan, Perkongsian Pejabat, produk-produk terpilih termasuklah kaset dan VCD latihan dan motivasi, slaid dan filem serta pelbagai jenis produk sastera, bahan-bahan bantuan untuk promosi dan jualan.

Dengan sumber kewangan dan latar belakang pengurusan perniagaan yang kukuh serta kelayakan pihak pengurusan yang profesional dari universiti tempatan dan luar negara yang berprestij, kami telah memberikan sokongan kepada pemimpin kami dan secara tidak langsung kami akan memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada pelanggan kami.

 

Kumpulan MyWay - MCT HOMES SDN BHD

USJ One Avenue Sdn Bhd (Co.No.650451-T) didirikan pada tahun 2004 yang berperanan sebagai Pemaju untuk menguruskan Projek Pembangunan Hartanah pertama iaitu Kondominium “USJ 1 Avenue”. Projek ini diuruskan oleh MCT Homes Sdn Bhd (Co.No. 647207-M), Syarikat Pengurusan Projek yang baru dibentuk dan bercita-cita membina reputasi dalam sektor Hartanah pada jangka masa yang singkat.

Pemaju dan Syarikat Pengurusan Projek kedua-duanya bergabung menjadi Modular Construction Technology Sdn Bhd, merupakan syarikat yang terlibat secara aktif dalam pembinaan, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan awam juga sebagai sektor swasta, sejak tahun 1999. Hingga kini Modular Construction Technology Sdn Bhd telah menguruskan dan menyempurnakan lebih dari RM200 juta nilai projek. Trio ( juga dipanggil MCT ) menentukan falsafah dengan berusaha yang terbaik dalam semua perusahaan dan setia pada semua pihak.

[Misi]

MCT bersiap sedia menyempurnakan penjelasan cemerlang dalam Pembinaan dan Pembangunan Hartanah. Kami melaksanakan penghantaran produk yang berkualiti tinggi melalui gabungan usahasama dalam kumpulan kami yang mempunyai kelayakan profesional.

[Visi]

MCT berhasrat melaksanakan sumbangan yang besar dalam bidang Pembangunan dan Pembinaan Hartanah dan seterusnya mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik yang boleh disumbangkan ke arah pertumbuhan bangsa dalam mencapai ‘Wawasan 2020’.

 

 

Language

English
Bahasa Malaysia
简体中文